CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 19 October 2011

12 BURUJ ZODIAK

 
12 BURUJ ZODIAK 
Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di galam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.
Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah daripada perkataan Greek ζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

SAGITTARIUS

 
SAGITTARIUS DENGAN ZODIAK LOGO
Sagittarius () merupakan zodiak kesembilan daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Sagittarius.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Sagittarius", ataupun Sagittarian. Sagittarius dianggap sebagai zodiak maskulin oleh ahli astrologi purba dan ianya dijajah oleh planet Musytari. Nama sanskrit bagi Sagittarius dalam astrologi Hindu ialah Dhanu.

CAPRICON

 
CAPRICON DENGAN ZODIAK LOGO
Capricorn () merupakan zodiak kesepuluh daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Capricorn.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Capricorn". Capricorn dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi dan ianya dijajah oleh planet Zuhal. Nama sanskrit bagi Capricorn dalam astrologi Hindu ialah Makara.

SCORPIO

 
SCORPIO DENGAN ZODIAK LOGO 
Scorpio () merupakan zodiak kelapan daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Scorpio.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Scorpio". Scorpio dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi moden. Menurut ahli astrologi purba, Scorpio dijajah oleh planet Marikh, tetapi pendapat mereka bercanggah dengan pendapat ahli astrologi moden yang mengatakan Scorpio sebenarnya dikawal oleh planet Pluto. Nama sanskrit bagi Scorpio dalam astrologi Hindu ialah Vṛścika.

LIBRA

 
LIBRA DENGAN ZODIAK LOGO
Libra () merupakan zodiak ketujuh daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj  yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Libra.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Libra". Libra dijajah oleh planet Zurah (yang juga mengawal zodiak Taurus). Nama sanskrit bagi Libra dalam astrologi Hindu ialah Tula. Libra yang juga dikenali sebagai "dacing" merupakan satu-satunya bintang zodiak yang diwakili oleh benda mati, bukannya haiwan atau manusia.

VIRGO

 
VIRGO DENGAN ZODIAK LOGO
Virgo () merupakan zodiak keenam daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Virgo.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Virgo". Virgo dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi purba dan ianya dijajah oleh Utarid , tetapi Ceres (planet kerdil yang terletak diantara Musytari dan Marikh) dikatakan merupakan pengawal sebenar Virgo oleh sebilangan ahli astrologi moden. Nama sanskrit bagi Virgo dalam astrologi Hindu ialah Kanyā yang bermaksud "gadis".

CANCER

 
CANCER DENGAN ZOIAK LOGO
Cancer () merupakan zodiak keempat daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Cancer.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Cancer". Cancer dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi purba dan ianya dijajah oleh Bulan. Nama sanskrit bagi Cancer dalam astrologi Hindu ialah Karka.